Pages List

Saturday, 8 June 2013

SUKAN SAGA VI Sesi 2013

Salam Damai ~

Wah,leganya dapat buka blog setelah sekian minggu tidak berpeluang mau update post baru.Lagipun,ada sibuk sikit training untuk Sabah Games ( lebih dikenali sebagai SAGA).
Apa-apa pun,mau juga saya kongsi sama kawan-kawan tentang pengalaman saya tentang SAGA sepanjang satu minggu ini,iaitu dari 1 - 8 hb saya berada di Kota Kinabalu.

Pertama-tama,saya ucapakan tahniah kepada Kontinjen Kota Kinabalu yang berjaya mempertahankan gelaran pertama secara keseluruhan pada SAGA kali ke-6 ini.Tidak lupa juga kepada Kontinjen Keningau,daerah kelahiran saya di tangga yang ke-2,dan diikuti oleh pesaing yang tidak kurang hebatnya iaitu Kontinjen Tambunan.Apapun,SAGA kali ini tidak kurang mantap.Tetapi secara jujurnya,SAGA V (5) yang bertempat di Keningau masih menduduki tempat teratas di hati saya.Tidak taulah pula suasana SAGA ke-7 nanti yang bertempat di Tawau,tingu dulu lah kalau dapat ambil tempat dihati saya ( jika ada peluang mau ikut serta lagi).

Oh ya,ada beberapa gambar yang ingin saya kongsikan pasal SAGA ini :



Hehe,ni adalah antara gambar yang sempat saya abadikan bersama pasukan saya dalam acara Boling Padang.Dalam acara ni pun,syukur Puji Tuhan kerana kami dapat turut menyumbang 4 gangsa dan 1 emas bagi kontinjen Keningau.Jadi,tidak sia-sia latihan ya g kami jalankan selama 15minggu sejak bulan Februari yang lalu.Jadi,kira happy juga saya ni sebab dapat 2 medal sekaligus dengan 2 patung Kandawai (bahasa Dusun bagi Bangau). Hihihi

Tapi yang paling penting,dapat juga enjoy 2-7 hb yang lalu.Haha,sebab macam-macam kami dapat buat di KK.Tambahan pula masa acara Boling Padang hanya berjalan selama 4hari sahaja.Memang muka,tangan semua dapat sunburn tapi bila dapat Emas,huhh,tidak sia-sia kami berpanas 4 hingga 8 jam sehari.
Bila habis saja habis games,kami ada buat macam-macam aktiviti; bernyanyi, bergitar, berkaraoke, shopping, berurut, cari kawan baru, jalan-jalan, dll...Hihi, saja mau kasi habis ni musim cuti dengan cara berhibur, sebab 10hb Jun, buku & sekolah menanti kita sudah.

Ok, rasanya sikit saja yang dapat saya kongsi untuk kali ini. I'm sleepy already. See you later ! :)

No comments:

Post a Comment