Pages List

Friday, 17 May 2013

Dilema,dilema - Sense of confusion II

Shallom ~

Macam mana mau kasi mula topik blog ni ah ?
Ok lah,tiada masalah bah kan kalo saya terus direct to the point...

Hmm,hari ni program halatuju pelajar Pra-U SMK Bingkor,salah satunya ialah mau pilih aliran mana saya mau ambil dan ini antara kelas &  subjek pengajian yang kena kasi tawar tadi :

1) Kelas Za'ba - Pengajian Am,Sains Sukan,Pengajian Perniagaan,Ekonomi/Geografi/Seni visual

2) Kelas Tunku Abdul Rahman - Pengajian Am,Bahasa Melayu,Sejarah,Eko/Geo/SV

3) Kelas Tunku Abdul Razak - Pengajian Am,Bahasa Melayu,Sejarah,Eko/Geo/SV

4) Kelas Abdullah Munsyi - Pengajian Am,Bahasa Melayu,Kesusasteraan Melayu & Komunikatif,Eko/Geo/SV

Sejak dua hari lepas,sebenarnya saya berkeyakinan tinggi sudah mau ambil kelas Za'ba,tapi bila tahu itu kelas tidak menawarkan matapelajaran BM,huh,'lari' semua keyakinan saya.Jadi,terpaksa jadi orang 'bingung' sepanjang itu program tadi.Last2,saya pilih kelas Abdullah Munsyi.Singkatnya,saya akan belajar subjek Pengajian Am,BM,KMK & Geografi sepanjang 3 semester saya berada di Pra-U Smk Bingkor.
Mungkin orang bilang,
"Tidak takut risikokah ? Ambil KMK lagi itu,"
Tapi,mana ada pilihan yang tiada risiko kan.Kalau pun saya pilih bidang yang sebelum ini sudah pernah saya belajar,risiko untuk gagal masih ada.Tapi YAKIN BOLEH,kawan ! Susah atau senang,bukan orang lain yang tentukan.Kita sendiri yang tentukan mah.Just think positively...
Saya ni kira orang yang tidak kuat asas dalam sastera,tapi saya minat sastera.Adalah karunia2 tertentu yang Tuhan sudah bagi sama saya untuk dikembangkan.Kalau tidak kasi kembang ni bakat betul-betul,takut Tuhan ambil balik.Nasib baik ada pensyarah2 yang sudi guide kami dalam bab pilih2 subjek tadi.Kalau tidak,menyesal pun tiada guna bila silap pilih subjek.Walaupun yakin saya dapat angkat subjek Sains Sukan + Pengajian perniagaan,saya tidak boleh rambang menilai kemampuan saya sendiri.Kalau mahu kasi banding kemampuan saya antara bidang Bahasa atau Sains,saya rasa saya lebih cenderung kepada bahasa.Nga nonggo nopo kaye,asalkan ada USAHA.Success come after an effort,within a will to try & a confidence.Apapun,jangan salah faham,saya bukan ambil mudah ini subjek,sebab ni subjek kira subjek killer bagi kebanyakan pelajar.Senang LULUS,tapi susah mau dapat gred CEMERLANG.
Oh ya,lagi satu...Kalaupun saya ambil subjek-subjek yang diatas itu waktu Pra-U,tidak semestinya saya perlu ambil subjek yang sama bila masuk Universiti ( semoga dapat masuk U,amen ).Saya cuma perlu dapat pointer yang 'selamat' supaya dapat pilih bidang yang saya impikan...Harapan & peluang itu sentiasa ada bah kan,cuma kita sendiri yang perlu kasi pasti bahawa di mana itu harapan & peluang yang terbuka untuk kita.Jadi,jom mula mencari,mula usaha,mula berdikari,okey ? Hehe,boleh bah kan tulung kasi doa saya,tobpinai-tobpinai ku ngawi(saudara2 ku) ?? God bless you all too,bagi yang mengiyakan...:)

Ok lah,macam panjang sudah 'esei' blog yang saya buat.Tapi,sebelum terlambat saya mau ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mama saya,Juivineh Anggor.Tidak lupa juga kepada auntie2 & big cousins saya yang bergelar IBU.Love you,Mommy.Love you all...
Juga kepada semua cikgu saya dari zaman Tadika sampai sekarang  - (Dari Tadika Linsudan) Cikgu Evelyn,Cikgu Rose,Cikgu Petronella,Sister Oi Lin,Cikgu Tarini - (Dari SK Kapayan Baru) Cikgu Kusop Sudang,Cikgu Rosnah Gampan,Cikgu Garipin Elid,Cikgu Bede Ane,Cikgu Razanun Razak,Cikgu Benard Benedict,Cikgu Rozaline,Cikgu Catherine,Cikgu Gadius,Cikgu Juhani,Cikgu Davina David,Cikgu Ramzalleh Open,Cikgu Mojiun,Cikgu Jane,Cikgu Kunjin Ah Lok,Cikgu Fabian Severinus,& semuanya yang masih ingat saya,Crietel Philip - (Dari SMK Apin-apin) Cikgu Rosebiah Kunoi,Cikgu Zubaidah Maarof,Cikgu Doreen Pius,Cikgu Jee Rosli,Cikgu Judeh,Cikgu Verona Balangkit,Cikgu Cikgu Nari Udih,Cikgu Julia Bagang,Cikgu Abrihim,Cikgu Elyna Tony,Cikgu Linus Raymong,Cikgu Pengetua Mail Suanda,Cikgu Cikgu Roslina  Jaafar,Cikgu Zubaidi,Cikgu Carol Lenny dan semuanya lah yang masih kenal saya...SELAMAT HARI GURU,cikgu-cikguku ! Terima kasih yang terhingga untuk curahan ilmu yang pernah kamu kasi untuk saya dan kawan2.Doa saya berserta cikgu-cikgu semua...:)

Hehe...Salam penghabisan kata dari saya untuk kali ini... Hino kou poh !


No comments:

Post a Comment