Pages List

Sunday, 25 October 2015

Gunung Trusmadi, Sabah (Impian menjadi realiti)

Hai, bertemu kita di lembaran Oktober 2015...

Hari ini saya ingin mengongsikan beberapa gambar dan cerita-celoteh saya semasa mendaki Gunung Trusmadi. Tapi, sebelum tu saya mau tanya. Kamu pernah dengar nama Gunung ni atau tahu apa-apa mengenainya ? Saya rasa masih sedikit yang tau keberadaan Gunung Trusmadi ini meskipun pada hakikatnya gunung ini merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu dan merupakan satu daripada gunung yang terdapat di banjaran Crocker (banjaran yang sama dengan Gunung Kinabalu). Gunung ini terletak di tengah-tengah daerah Tambunan dan Keningau. Trail (laluan) yang sering dilalui untuk ke gunung ini adalah Kampung Sinua (Keningau), Tambunan, dan Kampung Rompon (Apin-apin, Keningau).




Gambar-gambar diatas tu adalah saya dan rombongan sebelum mendaki gunung Trusmadi. Sebetulnya, planning untuk mendaki Gunung Trusmadi memang hanya plan kawan-kawan saja, sebab tu tidak ada orang dewasa yang anda boleh nampak dalam gambar-gambar di atas. Biasalah kan, selagi masih bertenaga dan sihat, baiklah manfaatkan. Walaupun sayalah orang yang paling 'fitless' dalam ekspedisi ini, syukur kepada Tuhan sebab bagi saya kawan yang sangatt fit untuk bantu saya sepanjang pendakian. Bukan senang tau mau dapat kawan macam durang ni. Very supportive :). Even  macam-macam alasan yang saya bagi sebelum turut serta dalam pendakian (takut pacat la, lekas semput la) hmm, orang-orang ni lah yang sungguh-sungguh bagi semangat. Actually, saya risau juga mau ikut mendaki gunung sebab badan saya yang underweight ni akan hilang lagi beberapa kilo. And obviously, saya memang hilang 3 kilogram selepas ikut pendakian ni. Apa pun, kenangan yang saya dapat tu lebih berharga daripada berat badan. Oh ya, ada beberapa lagi gambar yang mungkin kawan-kawan boleh lihat sebagai gambaran kawasan penginapan yang disediakan oleh pengurus tempat ni.




Jangan risaulah tentang keadaan keselamatan di tempat penginapan bawah ni, sebab lampu masih ada dan kawasan sekeliling bersih. Keselesaan tu, bergantung pada orang juga. Apapun, mosquito net, tandas dan dapur ada disediakan. Cuma, mobile network tu pun belum tentu boleh dicapai di kawasan ni. Okay, sekarang saya mahu tunjukkan gambar sepanjang pendakian kami.





























Kalau kawan-kawan berkelapangan dan minat aktiviti-aktiviti lasak, nah, jangan ragu untuk memilih tempat ini. Even for those yang sudah mendaki Gunung Kinabalu, belum tentu dapat bertahan sampai ke puncak Gunung Trusmadi (jika sahaja anda menggunakan trail Sinua Sook, Keningau. Jika ada apa-apa pertanyaan, anda boleh e-mel saya di Joanwee_2811@yahoo.com.
Adios, sampai disini sahaja coretan saya untuk kali ini. Salam bertemu lagi ;)

Thursday, 13 August 2015

Cit-coret Pengalaman

Hai, salam damai.

Wheww, lamanya saya berhibernasi. Hihi. Ingatkan tidak sudah dapat buka blog. Sebabnya tu, sibuk cari pengalaman perkerjaan sepanjang menunggu keputusan kemasukan ke universiti. Sejak mula bergelar remaja lepasan STPM 8 bulan yang lalu, sempat juga saya "pungut" sedikit pengalaman di alam pekerjaan yakni berdikari mencari sumber pendapatan sendiri. Niat asal saya bekerja sebenarnya untuk meringankan beban keluarga, but lastly, I ended up using that money for myself. But yeah, I'm using my own salary, at least not fully depending on my parent's. Masa berlalu, dan di antara ruang-ruang masa tersebut, saya sedar yang alam pekerjaan sememangnya amatlah mencabar. Kalau ini hati tidak sekuat batu (perasan kuat, haha), sudah pasti saya berundur dari cubaan menjadi seorang pekerja. Tapi syukur kepada Tuhan, I make it real for myself. And guess what, I like it!  Erghh, okay okay. I'm starting to tearing up because I miss all my friends in my former workplace. Aiyahh, can't help it but wish them all the best for their effort. In memory lane, my dear workmates; Yvette Rika Ahun, Florence Alex Kawit, Nor Hayatie Majut, Rosana Esidro Oblegar, Jimmy Longkumin, Frederick Sagunting, Ricky A/k Japit, Wong Siaw Seng, Ho Ka Seng, Freddy, Erwin, Edwin, Irwan Musah, Nelson, Azmie and the rest of you. And big thanks to my dear Boss, Mrs Linah Thien Fook Kiaw and her daughter, Amanda Pang. Always remember your deeds to me, Mrs. To my dear housemate, Bika Jini and Maszuin Masain, I'm glad to know both of you. It is such a memorable day to live along with y'all...  Hmm, sedar tidak sedar, ada lebih kurang 5 bulan juga kerja sama-sama kamu semua. Tidak sangka betul saya yang susah betul mau kasi tinggal kenangan di alam pekerjaan bersama-sama kamu semua di belakang saya. Demi mengejar cita-cita bah kunun ini. Tiba masa sudah saya kasi tumpu sepenuh perhatian ke arah lain. Oya, tidak lupa juga kenangan 2 bulan kerja di Servay Jaya Supermarket dua bulan sebelum saya ke Solid Furniture & Electrical. Aha, sampai sudah batas saya. Entri saya kali ini biarlah bertafakur sekejap ya. Janji besok-besok ada lagi. Hehe. Banyak mau kongsi sama kawan-kawan tapi got to go by now 😁. Babaiii

Tuesday, 10 March 2015

TIADA USAHA YANG SIA-SIA HASILNYA

Hai, kita bertemu lagi di tahun 2015...

SELAMAT TAHUN BARU... Hehe, lambat pula sudah saya ini kan...
Oh ya, entri saya pada kali ini berkait rapat dengan masa STPM (SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA) yang mutakhir ini, baru sahaja meng'highlight' sketsa pendidikan di negara kita, Malaysia. Mungkin ada diantara kita yang sedang berbangga dan bergembira dengan keputusan yang baru sahaja kita terima, mungkin ada juga yang sedang kecewa dan memilih untuk berputus asa atau mungkin ada dalam kalangan kita yang sempat kecewa tapi memilih untuk memperbaiki keputusan akhir STPM minggu ini kan ?
Ya, saya pun sedar yang usaha yang berbeza dari kita pasti akan mewujudkan hasil yang berbeza dalam peperiksaan dan juga penerimaan yang berbeza terhadap keputusan yang kita terima.
Boleh dikatakan yang saya juga mengalami berbagai-bagai perasaan sepanjang bergelar pelajar Pra-Universiti selama 18 bulan (3 semester).
Bila kenang kembali, pada semester pertama saya sempat melaungkan rasa bangga dan gembira yang teramat sangat kerana mampu membuat ibu bapa serta pensyarah kelas saya tersenyum melihat keputusan saya. Walau bagaimanapun, saya merasa malu dan kecewa dengan diri saya kerana tidak mampu mengekalkan prestasi saya pada semester berikutnya. CGPA saya jatuh mendadak dan saya terpaksa mendaftar untuk mengambil kertas ulangan bagi subjek Sains Sukan dengan harapan CGPA semester 2 saya akan meningkat. Hal yang sama juga terjadi setelah keputusan semester 3 diumumkan. Adalah juga sedikit perasaan kecewa yang saya alami, namun saya tetap bersyukur ia tidak seperti keputusan saya pada semester 2. Hihi
Apa-apa pun, keputusan peperiksaan ulangan memang betul-betul menaikkan semangat saya. Apa tidaknya, gred saya ditambahbaik sebanyak 70%. Yess !
Tiba masa final result pelajar STPM 2014 dikeluarkan, macam mau melayang kedua-dua kaki saya. "Akhirnya", diabilang ini hati saya. "I got what I need"...
Apa pun, perjuangan saya baru sahaja bermula. Saya masih perlu buat keputusan yang mungkin akan menentukan sama ada masa depan saya akan berterusan cerah atau tidak. Sudah pasti di tangan Tuhan, saya tidak ragu akan masa depan saya. Namun, kita diberi karunia untuk memilih sendiri jalan kita dan selebihnya itu, masih terserah kepada Tuhan.
Semoga kawan-kawan dan saya dapat memilih jejak yang afdal dan sesuai di menara gading. God bless us !