Pages List

Friday, 17 May 2013

Dilema,dilema - Sense of confusion II

Shallom ~

Macam mana mau kasi mula topik blog ni ah ?
Ok lah,tiada masalah bah kan kalo saya terus direct to the point...

Hmm,hari ni program halatuju pelajar Pra-U SMK Bingkor,salah satunya ialah mau pilih aliran mana saya mau ambil dan ini antara kelas &  subjek pengajian yang kena kasi tawar tadi :

1) Kelas Za'ba - Pengajian Am,Sains Sukan,Pengajian Perniagaan,Ekonomi/Geografi/Seni visual

2) Kelas Tunku Abdul Rahman - Pengajian Am,Bahasa Melayu,Sejarah,Eko/Geo/SV

3) Kelas Tunku Abdul Razak - Pengajian Am,Bahasa Melayu,Sejarah,Eko/Geo/SV

4) Kelas Abdullah Munsyi - Pengajian Am,Bahasa Melayu,Kesusasteraan Melayu & Komunikatif,Eko/Geo/SV

Sejak dua hari lepas,sebenarnya saya berkeyakinan tinggi sudah mau ambil kelas Za'ba,tapi bila tahu itu kelas tidak menawarkan matapelajaran BM,huh,'lari' semua keyakinan saya.Jadi,terpaksa jadi orang 'bingung' sepanjang itu program tadi.Last2,saya pilih kelas Abdullah Munsyi.Singkatnya,saya akan belajar subjek Pengajian Am,BM,KMK & Geografi sepanjang 3 semester saya berada di Pra-U Smk Bingkor.
Mungkin orang bilang,
"Tidak takut risikokah ? Ambil KMK lagi itu,"
Tapi,mana ada pilihan yang tiada risiko kan.Kalau pun saya pilih bidang yang sebelum ini sudah pernah saya belajar,risiko untuk gagal masih ada.Tapi YAKIN BOLEH,kawan ! Susah atau senang,bukan orang lain yang tentukan.Kita sendiri yang tentukan mah.Just think positively...
Saya ni kira orang yang tidak kuat asas dalam sastera,tapi saya minat sastera.Adalah karunia2 tertentu yang Tuhan sudah bagi sama saya untuk dikembangkan.Kalau tidak kasi kembang ni bakat betul-betul,takut Tuhan ambil balik.Nasib baik ada pensyarah2 yang sudi guide kami dalam bab pilih2 subjek tadi.Kalau tidak,menyesal pun tiada guna bila silap pilih subjek.Walaupun yakin saya dapat angkat subjek Sains Sukan + Pengajian perniagaan,saya tidak boleh rambang menilai kemampuan saya sendiri.Kalau mahu kasi banding kemampuan saya antara bidang Bahasa atau Sains,saya rasa saya lebih cenderung kepada bahasa.Nga nonggo nopo kaye,asalkan ada USAHA.Success come after an effort,within a will to try & a confidence.Apapun,jangan salah faham,saya bukan ambil mudah ini subjek,sebab ni subjek kira subjek killer bagi kebanyakan pelajar.Senang LULUS,tapi susah mau dapat gred CEMERLANG.
Oh ya,lagi satu...Kalaupun saya ambil subjek-subjek yang diatas itu waktu Pra-U,tidak semestinya saya perlu ambil subjek yang sama bila masuk Universiti ( semoga dapat masuk U,amen ).Saya cuma perlu dapat pointer yang 'selamat' supaya dapat pilih bidang yang saya impikan...Harapan & peluang itu sentiasa ada bah kan,cuma kita sendiri yang perlu kasi pasti bahawa di mana itu harapan & peluang yang terbuka untuk kita.Jadi,jom mula mencari,mula usaha,mula berdikari,okey ? Hehe,boleh bah kan tulung kasi doa saya,tobpinai-tobpinai ku ngawi(saudara2 ku) ?? God bless you all too,bagi yang mengiyakan...:)

Ok lah,macam panjang sudah 'esei' blog yang saya buat.Tapi,sebelum terlambat saya mau ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mama saya,Juivineh Anggor.Tidak lupa juga kepada auntie2 & big cousins saya yang bergelar IBU.Love you,Mommy.Love you all...
Juga kepada semua cikgu saya dari zaman Tadika sampai sekarang  - (Dari Tadika Linsudan) Cikgu Evelyn,Cikgu Rose,Cikgu Petronella,Sister Oi Lin,Cikgu Tarini - (Dari SK Kapayan Baru) Cikgu Kusop Sudang,Cikgu Rosnah Gampan,Cikgu Garipin Elid,Cikgu Bede Ane,Cikgu Razanun Razak,Cikgu Benard Benedict,Cikgu Rozaline,Cikgu Catherine,Cikgu Gadius,Cikgu Juhani,Cikgu Davina David,Cikgu Ramzalleh Open,Cikgu Mojiun,Cikgu Jane,Cikgu Kunjin Ah Lok,Cikgu Fabian Severinus,& semuanya yang masih ingat saya,Crietel Philip - (Dari SMK Apin-apin) Cikgu Rosebiah Kunoi,Cikgu Zubaidah Maarof,Cikgu Doreen Pius,Cikgu Jee Rosli,Cikgu Judeh,Cikgu Verona Balangkit,Cikgu Cikgu Nari Udih,Cikgu Julia Bagang,Cikgu Abrihim,Cikgu Elyna Tony,Cikgu Linus Raymong,Cikgu Pengetua Mail Suanda,Cikgu Cikgu Roslina  Jaafar,Cikgu Zubaidi,Cikgu Carol Lenny dan semuanya lah yang masih kenal saya...SELAMAT HARI GURU,cikgu-cikguku ! Terima kasih yang terhingga untuk curahan ilmu yang pernah kamu kasi untuk saya dan kawan2.Doa saya berserta cikgu-cikgu semua...:)

Hehe...Salam penghabisan kata dari saya untuk kali ini... Hino kou poh !


Thursday, 16 May 2013

SMK Bingkor - New Friends & New Subject

Salam Damai...
Kemarin,ada peluang juga saya ambil gambar sama kawan-kawan baru disekolah yang baru.Maklumlah kan,mungkin lepas ini susah sudah mau buat kenangan dalam gambar walaupun lepas ni masih tetap satu sekolah.Kebetulan minggu ini adalah minggu Haluan Pelajar Pra-Universiti SMK Bingkor,jadi ada macam2 aktiviti berkumpulan yang mesti kami ikut.Best jugalah bila dapat teammate yang rata2 durang sebelum ni saya tidak pernah jumpa atau kenal.Hehe,mau juga saya sebut nama kawan2 baru & yg ada di gambar ini - (dari kiri) Brenda,Filla,Micko,(lupa ?),(saya),Ared,Chaq,(lupa?),Corlye - ( di duduk didepan) Frankie,Oliver - (tiada dalam gambar) Reffendy.

Aapapun,walau dapat kawan2 baru,rasa2 saya pun mau pilih subjek baru juga.Masa taklimat setiap subjek yang ditawarkan di kampus ni berjalan,dilema juga mau pilih yang mana satu saya mau - Kesusasteraan Melayu & Komunikatif (KMK) atau Sains Sukan...
Jadi lepas fikir2 panjang2 kemarin,saya kasi yakin diri mau ambil aliran Sains Sukan yang kena kasi gabung sama subjek Pengajian Perniagaan(PP).Walaupun saya minat betul 'mainan' sastera2,terpaksalah tunda2 dulu itu minat,lagipun masa di Universiti nanti pun,bulih sambil2 belajar KMK.Faktor utama saya pilih aliran Sains Sukan,satu,sebab waktu Tingkatan Lima dulu pun ada latar belakang aliran Sains,ada ambil subjek Biologi,jadi tidak jauh dari asas sains sukan juga itu,kan ? Yang kedua,sebab kalau ambil Sains Sukan + PP,saya bulih juga jadi calon Pakar Psikologi sukan...hehe..Amen...Selama ini pun,saya kira mau jadi doktor Psikologi juga bah,tapi result SPM yang lalu tidak memungkinkan saya masuk dalam aliran sains,jadi ada jalan yang lain,which is SPORT SCIENCE in pre-university.Walaupun itu Pengajian Perniagaan nampak macam 'UFO' bagi saya,tidak apalah,yang penting kalo ada tekad + yakin + usaha + doa,semua pun boleh pass bah kan...Apapun,dari kita saja bah itu.hee...Hmm,satu yang perlu saya jaga sepanjang 3 semester jadi pelajar di sekolah ini ialah FIKIRAN POSITIF,kio...Urang bilang,GENGGAM BARA API,BIAR SAMPAI JADI ARANG & alang2 sudah menyeluk pekasam,biarlah sampai di pangkal lengan kan...Mai noh keti,wiwi !

Ok,sampai sini saja la dulu,ada masa,komen2 la post saya kalau perlu,ok ? Hihi...
Adios !

Tuesday, 7 May 2013

Pilihan,pilihan - Sense of Confusion

Salam damai ~


Lama sudah tidak update post dalam ni blog...Musim ni ngam2 musim PRU13(secara umumnya),ditambah lagi sama ,musim ni la juga remaja yang sebaya dengan saya mula sibuk mau urus apa2 yang berkaitan dengan matrikulasi,pra-universiti,dll...Apapun,tidak baik juga bah kan kalau terlampau menghadap internet semata2 mau update itu ini...Cukuplah berbulan-bulan saya berdepan sama komputer sebab mahu semak permohonan2 untuk sambung pengajian ke peringkat seterusnya.Apapun,itu satu pengorbananlah,hehe,nothing to be regrets about.



Okey,apa cerita ini ? (Let's me be formal.Can I ?)



Mungkin ramai diantara kita yang sedia maklum bahawa sepanjang bulan April-Jun,banyak tawaran masuk ke institusi pengajian tinggi @ sekolah tinggi mula kita terima,terutamanya bagi yang berstatus lepasan SPM & STPM...

Jadi rupanya baru2 ini saya dapati yang saya layak masuk ke pra-universiti/tingkatan 6,yang bermakna saya juga tidak layak masuk ke mana2 matrikulasi.Itu sudah menjadi kepuasan bagi saya kerana proses pengajian saya tidak hanya tamat pada peringkat sekolah menengah sahaja.Tapi masalahnya disini,rupanya bukan senang hendak memilih aliran apa yang hendak kita 'perjuangkan' semasa berada di pra-universiti.Tapi rasanya,saya sudah memutuskan 'masak-masak' apa bidang yang perlu saya pilih nanti.Tapi itu rahsialah,hihi...Cuma,sepupu saya yang saturang(seorang) yang nampaknya sangat susah hendak memilih bidang.Lepas minta nasihat itu ini barulah dia rasa yakin sedikit untuk mempertahankan pilihannya.


(Back to infromality...hehe)

Hmmm,tapi sebenarnya ada dua hal yang saya cuba terapkan bila mau pilih pasal ni soal pengajian.Lagipun keluarga sudah bagi lampu hijau untuk kebebasan pasal ini.Jadi yang first,my life goals.Sebenarnya sebelum SPM,ada juga saya buat 'future plan'.Jadi e2 lah yang saya guna sampai sekarang.Cuma,kadang2 apa kita rancang tidak semua kesampaian kan,jadi 'future plan' pun perlu up-to-date/situation juga.
Yang kedua,kemampuan.Kemampuan itu pun merangkumi banyak hal kan,jadi semua tu pun ambil kira mah(said sabahan).Ekonomi keluarga,intelektual,mental,dll...Penting tau itu,mesti kenal apa kelemahan & kekuatan diri.Bukan maksud saya,jika kita lemah dalam bidang sains kita perlu undur diri begitu saja,tidakk,tapi maksudnya,sudah kita tanya diri kita soalan2 yang macam ini :
- Saya rela berjuang sepenuh hati jika pilih bidang ini ?
- Saya sanggup korbankan masa,tenaga,duit untuk belajar dalam bidang ini ?
dll...
Tanya diri kita la dulu,jangan sampai kemahuan tidak sebulu sama perancangan & kemampuan kita.Banyak aspek juga yang perlu kita teliti selain dari ini aspek impian masa depan & kemampuan.Tanya diri kita betul2,muhasabah diri,urang(orang) bilang.Tapi jangan lupa minta nasihat oarng2 yang lebih dahulu makan garam dari kita,jangan terlampau taksub dengan keputusan sendiri.Begitu bah kan ? Yang penting,kalau kita buat keputusan,pastikan kita tidak menyesalinya di kemudian hari.Saya akan doakan supaya kita semua dapat kebijaksaan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan kita.Semoga Tuhan memberkati kita...


Itu saja untuk kali ni,..Sharing is caring ! :) ADIOS ~