Pages List

Wednesday, 24 April 2013

CERPEN : CIKGU BAYU

Haloo ~

Kopisanangan do sosodopon / Selamat petang  / Good evening...

Cerita pendek versi ni sebenarnya sudah saya siapkan sejak berada di tingkatan 4 (2011).Cerita ni saya hasilkan apabila sekolah kami (SMK Apin-apin) menganjurkan program Bulan Bahasa bersama pihak DBP Sabah & beberapa penulis yangg tidak kurang dikenali(salah seorangnya ialah Jasni Matlani).Sehingga ke saat ini,saya masih menyimpan cerpen yang saya karang ini kerana bagi saya,cerpen ini mungkin boleh jadi landasan penulisan saya...hehe...So,hope you enjoy while reading this short stories...:)

CIKGU BAYU
            Perlahan-lahan kalung itu ku letak di sebuah kotak khas,kotak yang menarik semestinya untuk kalung yang juga istimewa.Pangkat,kemewahan dan kemegahan yang aku miliki  sekarang adalah inspirasi seseorang yang sangat aku kagumi dan aku kasihi sejak dahulu.Apabila merenung lama kalung istimewa itu,mindaku mulai memutar kembali memori lalu.
***
            "Pergi,pergi kamu ! Anak luar nikah.Jangan pernah menginjakkan kaki kamu ke rumah aku lagi,pergi !"
            Dengan langkah yang berat dan air mata yang jatuh membasahi pipi ku yang cengkung,aku membawa adik beredar meninggalkan halaman rumah Mak Su.Aku dan adik baru sahaja dihalau keluar dari rumah Mak Su.Aku benar-benar tidak menyangka bahawa satu demi satu masalah akan menimpaku,seperti ada pepatah mengatakan,'sudah jatuh ditimpa tangga'. Setelah diberhentikan kerja sebagai pembantu gerai oleh Mak Yang disebabkan gelas yang pecah,serentak dengan itu aku menerima perkhabaran dari guru kelasku bahawa aku telah digantung sekolah selama 14 hari.Tidak cukup dengan dua perkara yang cukup membuatku kecewa,kini aku dan adik pula dihalau keluar dari rumah Mak Su oleh Mak Su sendiri apabila berita tentang pemberhentian kerjaku di gerai sampai ke pengetahuan Mak Su.Sungguh,aku tidak pernah mengerti akan kehendak Mak Su terhadap aku dan adikku.Sekejap baik dan dalam sekejap pula akan berubah menjadi pembengis.Andaianku,selama ini Mak Su hanya mahu mempergunakan kami.Namun semua persoalan itu aku ketepikan demi kebaikan hidup aku dan adikku.
            'Apa aku nak buat ni ? Kesian adik kalau malam ni tak ada tempat tidur,makanan apatah lagi',bisik hatiku.Air mata yang tadinya sudah berhenti mengalir,ku tahan-tahan agar tidak mengalir semula mengenangkan kehidupan aku dan adik yang kini sudah tidak berumah.Aku mungkin masih berupaya menahan hidup tanpa makanan dan tempat tinggal dalam sehari ini,tapi bagaimana dengan adikku ? Aku tidak rela melihat dan membiarkan adikku tidur di jalanan dan berlapar bersamaku.Adikku,Iyan masih kecil.Baru 6 tahun umurnya.Sepatutnya pada umur sebegitu,Iyan sudahpun menginjak ke alam persekolahan kanak-kanak.Tetapi Mak Su tidak pernah sekali pun membenarkan aku mendaftarkan Iyan sebagai pelajar pra-sekolah meskipun pendaftarannya adalah percuma. Alasannya,Iyan bukan budak pandai.Waktu itu ingin saja aku membantah keras alasan yang Mak Su berikan kepada aku tetapi ku pendam sahaja.Atas alasan yang sama jugalah aku sering ponteng sekolah sehingga kini menyebabkan aku dijatuhkan hukuman gantung sekolah.Mak Su pernah mengatakan bahawa aku tidak pandai dan lebih baik hanya bekerja untuk menampung hidup daripada belajar untuk membazir wang.Padahal,aku merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik di sekolahku.Aku tidaklah bodoh untuk menelan bulat-bulat kata-kata Mak Su,lagipun umurku yang sudah mencecah 15 tahun membuatku lebih matang untuk menilai kata-kata Mak Su.Namun aku juga terdesak untuk bekerja mencari duit berbanding ke sekolah,kerana sekiranya tidak,aku dan adikku akan kelaparan.Aku tidak suka bergantung pada Mak Su yang sepertinya tidak ikhlas memberi kami tempat untuk tinggal di rumahnya.Di rumahnya,aku dilayan seperti hanya sebagai seorang suruhan meskipun aku ini anak saudaranya.
***





Harap-harap penghuni rumah ni sudi tolong kami berdua.Demi adik,aku tak ada pilihan lain.Lagipun,hari sudah hampir gelap,’getus hatiku.Sebuah rumah pangsa yang dindingnya dicat dengan warna biru laut dengan pintu pagar yang diperbuat dari tembok rendah berwarna putih ;kosong menjadi tempat persinggahanku dan adikku.Baru saja aku hendak menekan punat lonceng pintu pagar tersebut,pintu itu terbuka secara sendirinya.Bila sahaja pintu pagar tersebut ternganga luas,seorang wanita muda lingkungan 30-an dengan rambut paras bahu,wajah penuh karisma dan tegas muncul dibaliknya.Wanita yang sememangnya aku kenali semenjak bergelar seorang pelajar dan seringkali aku temukan apabila menghadapi masalah ponteng di sekolah.Cikgu Bayu namanya.Aku mahu berlalu dari tempat itu apabila melihat wajah tersebut,namun seperti yang sudah dijangka,wanita itu sudah mengecamku dan memanggil namaku sebelum aku cuba berpaling.Aku tidak pasti apa perasaanku pada saat itu;terkejut,malu atau gembira,namun yang pasti aku tercegat dan tertunduk menghadap bumi apabila namaku dipanggil.Iyan pula hanya terkebil-kebil memandangku.Insan mentah itu sudah tentu tidak mengalami perasaan yang kuhadapi namun  disebalik hidupnya terselindung seribu derita kekeliruan yang terpaksa ditanggung akibat perlakuan manusia dewasa disekelilingnya.

            “Imat,kamu hendak kemana ni ?” tangan kiriku yang memegang beg pakaian,kusembunyikan kebelakang namun kepalaku masih tunduk,membisu.

            “Mak cik halau,” Iyan bersuara.Aku memandang adikku,matanya masih lagi terkebil-kebil,namun kini pandangannya menghala ke arah Cikgu Bayu.Mendengarkan hal itu,Cikgu Bayu menarik beg pakaian yang kusembunyikan dibelakangku dan sejurus itu juga mengandeng tangan adikku.

            “Imat,masuk ke rumah cikgu,” arahnya.Aku masih tercegat.Malu.Melihat keadaanku yang seperti tiang tidak berganjak,Cikgu Bayu menarik juga tanganku,memimpin aku dan adikku masuk kedalam rumahnya.

Masuk sahaja ke ruangan rumah Cikgu Bayu,kami dipelawa untuk makan bersamanya.Dari situ,aku menceritakan segala apa yang aku dan adikku lalui sehingga aku bercadang untuk meminta sedekah dari rumah ke rumah tetapi berakhir menemukan Cikgu Bayu.

Cikgu Bayu sememangnya dikenali sebagai seorang Guru Disiplin yang sangat tegas disekolahku yang bukan sahaja digeruni oleh para pelajar malah disanjung tinggi oleh para guru.Disekolah,tidak pernah sekalipun aku melihat Cikgu Bayu tersenyum dan tertawa seperti guru lainnya.Wajahnya sudah cukup untuk membuat beberapa pelajar tingkatan satu disekolahku,menangis dan terkencing di khalayak ramai.Namun yang peliknya,Cikgu Bayu tidak memerlukan rotan dan amaran denda untuk digeruni,cukup hanya dengan suaranya.Itu perkara pertama yang membuat aku menghormatinya sebagai guru disiplin,namun malam ini,aku sudah mempunyai senarai panjang tentang perkara yang aku sanjungi tentang Cikgu Bayu.Aku sungguh tidak menyangka bahawa keperibadian Cikgu Bayu di sekolah dan di luar amat besar bezanya.Namun aku sungguh-sungguh bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang yang berjiwa besar seperti Cikgu Bayu.Katanya,ia sanggup membiayai persekolahan aku dan adikku.Malahan,aku dan adikku diperbolehkan tinggal dirumahnya selama yang kami perlu dan istimewanya,aku dan adikku boleh memanggilnya,Ibu.

Dari situ,aku dan adikku diberi pendidikan yang sempurna sehingga aku mempunya kerjaya sebagai seorang doktor pakar mata,manakala adikku menjadi seorang doktor psikologi.Hanya itu yang kami mampu lakukan untuk membalas jasa dan budi seorang wanita yang bergelar ‘CIKGU BAYU’.

TAMAT
 


No comments:

Post a Comment