Pages List

Thursday, 16 May 2013

SMK Bingkor - New Friends & New Subject

Salam Damai...
Kemarin,ada peluang juga saya ambil gambar sama kawan-kawan baru disekolah yang baru.Maklumlah kan,mungkin lepas ini susah sudah mau buat kenangan dalam gambar walaupun lepas ni masih tetap satu sekolah.Kebetulan minggu ini adalah minggu Haluan Pelajar Pra-Universiti SMK Bingkor,jadi ada macam2 aktiviti berkumpulan yang mesti kami ikut.Best jugalah bila dapat teammate yang rata2 durang sebelum ni saya tidak pernah jumpa atau kenal.Hehe,mau juga saya sebut nama kawan2 baru & yg ada di gambar ini - (dari kiri) Brenda,Filla,Micko,(lupa ?),(saya),Ared,Chaq,(lupa?),Corlye - ( di duduk didepan) Frankie,Oliver - (tiada dalam gambar) Reffendy.

Aapapun,walau dapat kawan2 baru,rasa2 saya pun mau pilih subjek baru juga.Masa taklimat setiap subjek yang ditawarkan di kampus ni berjalan,dilema juga mau pilih yang mana satu saya mau - Kesusasteraan Melayu & Komunikatif (KMK) atau Sains Sukan...
Jadi lepas fikir2 panjang2 kemarin,saya kasi yakin diri mau ambil aliran Sains Sukan yang kena kasi gabung sama subjek Pengajian Perniagaan(PP).Walaupun saya minat betul 'mainan' sastera2,terpaksalah tunda2 dulu itu minat,lagipun masa di Universiti nanti pun,bulih sambil2 belajar KMK.Faktor utama saya pilih aliran Sains Sukan,satu,sebab waktu Tingkatan Lima dulu pun ada latar belakang aliran Sains,ada ambil subjek Biologi,jadi tidak jauh dari asas sains sukan juga itu,kan ? Yang kedua,sebab kalau ambil Sains Sukan + PP,saya bulih juga jadi calon Pakar Psikologi sukan...hehe..Amen...Selama ini pun,saya kira mau jadi doktor Psikologi juga bah,tapi result SPM yang lalu tidak memungkinkan saya masuk dalam aliran sains,jadi ada jalan yang lain,which is SPORT SCIENCE in pre-university.Walaupun itu Pengajian Perniagaan nampak macam 'UFO' bagi saya,tidak apalah,yang penting kalo ada tekad + yakin + usaha + doa,semua pun boleh pass bah kan...Apapun,dari kita saja bah itu.hee...Hmm,satu yang perlu saya jaga sepanjang 3 semester jadi pelajar di sekolah ini ialah FIKIRAN POSITIF,kio...Urang bilang,GENGGAM BARA API,BIAR SAMPAI JADI ARANG & alang2 sudah menyeluk pekasam,biarlah sampai di pangkal lengan kan...Mai noh keti,wiwi !

Ok,sampai sini saja la dulu,ada masa,komen2 la post saya kalau perlu,ok ? Hihi...
Adios !

No comments:

Post a Comment