Sunday, 16 June 2013
Bila mereka berkarya - Sajak I
Salam Ahad ~
Hari ini saya mau berkongsi beberapa sajak yang pernah saya hasilkan . Kepada siapa-siapa yang rajin di luar sana itu,tiada masalah jika anda komen sajak-sajak ini . Jika ada silap,tolong tunjuk dan perbetulkan,ok :)
BALKONI HARAPAN
Ku intai harapan,
dari lensa kegagalan,
Oleh sinar Sang Pencipta
kutemu ruang-ruang dedikasi,
dimana tiada bumbung keputusasaan
membatasi niat,menggapai langit impian .
Ku intai harapan,
dari lensa penyesalan,
agarku tiba di menara gading,
bayu itu terus menghembus didikan
pemandangan itu setia memberi bimbingan
dan burung itu tetap melagukan dorongan .
Ku bersyukur,
balkoni itu ada untukku
harapan ada juga bagiku ...
Dia,guruku
Ia lah balkoni,
yang menyatukan semua menjadi satu harapan .
Wiwi :)
BAGAI MALAM
Ufuk timur megah diatas sana
meraikan keriangan mentari,
dan aku bagai malam
masih gelap,masih malap
kelip-kelip malam hindar dariku
masih senyap,masih sunyi .
Ufuk timur telah pulih
menebarkan tirai siang ke malam
dan tetap aku disini,bagai malam ...
Jika boleh kau tunai,aku sedia meminta
tebarkan neon malam warna warni
biar malam ini tidak menjadi semakin kelam .
Wiwi :)
GOOGLE DAN HARI BAPA
Salam damai :)
Rasa-rasa,hari ini ada sesuatu yang istimewa bah kan ?
Bila buka Google,kita bulih nampak imej seorang lelaki tepat di huruf 'L' . Apa lagi kalau bukan menandakan yang hari ini istimewa untuk lelaki di seluruh dunia terutamanya yang bergelar BAPA . Kalau fikir-fikir,GOOGLE browser saja yang selalu guna pendekatan untuk mengingatkan kita apa yang istimewa pada tarikh-tarikh yang paling penting bagi masyarakat dunia . Walau berapa kerap kita guna GOOGLE , mereka masih mahu mengingatkan kita bahawa, "hari ini ada perkara yang lebih istimewa daripada melayari internet yang tidak mungkin kita temukan pada hari lain dalam tahun ini,melainkan jika kita sanggup menunggu tahun depan untuk meraikannya . Pergilah raikannya,kami(Google) masih ada esok,tapi perkara istimewa hari ini belum tentu ada pada keesokan harinya,". Haha,mungkin begitulah maksud si pengasas Google ini . Itu sebab saya lebih suka menggunakan aplikasi Google untuk apa-apa aktiviti saya di internet,selain rangkaian yang selamat dan lancar . Apa pun ,Google is the best !
Bila rujuk balik tanggal 16 Jun ini,rasa-rasanya tiada juga sesuatu yang dapat saya dan adik-adik bagi selain ucapan ikhlas SELAMAT HARI BAPA kepada bapa kami PHILIP YADIM . Mau kenal bapa sayakah ?
Hehe,ini adalah insan yang boleh saya simpulkan sebagai nadi keluarga saya , BAPA :
Haha,handsome kan ? :)
Haahh,tidak lupa kepada Bapa-bapa diluar sana,saya ucapkan juga SELAMAT HARI BAPA . Semoga berbahagia selalu dengan keluarga tercinta dan semoga dikaruniai anak yang baik-baik belaka :)
Saya pun bukan anak yang terlalu baik,tapi doakan saya dan adik-adik saya supaya kami boleh jadi anak yang berguna dan baik gituu . Anda pun akan kami doakan juga bah . Hihi
Oh ya,ngam-ngam hari ni adalah hari Ahad , hujung minggu . Jadi,jangan lupa bersyukur kerana kita dikarunia oleh seorang bapa dari Tuhan,ok ka tidak orang tua kita,sentiasalah kita doakan . Tapi sebenarnya rasa syukur itu patutnya diucap hari-hari kan,hehe . Whatever la,asalkan kita ikhlas :)
Ok,cukup buat masa ini . Ber'tamu' anda dan saya di lembaran lain ...:)
Saturday, 15 June 2013
Muktamad - Sense of Confusion III
Uppss,sekali lagi !
Untuk tanggal 15 Jun,2013, ini adalah kali kedua saya update blog.Bukan apa,saja mau kasi lengkap ulasan-ulasan 'kekeliruan' saya sebelum ini . Apa pun,kali ini bukan lagi pasal kekeliruan tapi pasal keputusan MUKATAMAD saya . Hehe
Sebelum cuti bermula,iaitu pada tanggal 23 haribulan Mei,keputusan penerimaan kelas sudah disebar luaskan di sekolah saya . Yang aneh dia,saya kena kasi masuk di kelas Sains Sukan . Haiitt,apa kes ??? Saya mohon kelas Sastera tapi dapat,Sains Sukan . Untungnya,kelas Sains Sukan ada subjek Bahasa Melayu . Yeh,yeh ! Haha
Naa,terbukti sudah pepatah "apa yang kita rancang,tidak semuanya akan berlaku tanpa kehendak Tuhan " . Jadi,apa kata anda ? :)
Walaupun ramai kawan lama yang tidak sekelas sama saya untuk kali ini,perlu juga sedar ini yang kami bukan selamanya satu kelas . Ker'na tuntutan ilmu,ada juga tu yang perlu berjuang sendiri-sendiri . Walaubagaimanapun,masih ada mah yang sekelas sama saya . Elzye Vecenye,Marcellus Justin,Roman Francis antaranya . Hehe,felt relief once more . Betul pula apa yang itu pensyarah kami kasi taklimat hari itu,selalunya keputusan pertama adalah yang paling tepat untuk kami ambil . Misalnya saya,pertama pilih Sains Sukan,terus pilih Sastera . Tup,tup dapat Sains Sukan . Anyway,I think this is the best decision,which is to stay at this class . I'll do my best this time,surely !
Oh ya,rasanya nama kelas pun bukan yang macam saya sebut di halaman post 'Sense of Confusion II' lagi,lain sudah nama itu kelas . Kalau dulu Za'aba,sekarang kena tukar pigi Kelas Burhanuddin Awang . Apa pun,nice classroom :)
Satu lagi,tahniah kepada sahabat-sahabat saya yang menerima tawaran ke Matrikulasi panggilan Jun . Maylyn Carlynda Petrus & Siti Rosmilah Paieman . Selamat berjuang kio kamu . We'll gonna miss u all a lot !
Hmmm,siap untuk edisi 'kekeliruan' pada kali ini . :D
Babai ...
PERJUANGAN MENCARI JATI DIRI
Salve, my friend ~
Haha, apa khabar warga internet ? :)
Okey, buat masa ini,rasa-rasa saya mau kongsi sesuatu :)
Sesuatu tentang > PERJUANGAN MENCARI JATI DIRI
Kawan2 tahukah apa itu 'Jati diri' ? Tahu ? Tidak tahu ?
Baiklah, jati diri diri ini secara umumnya adalah identiti diri. Hari itu, guru Bahasa Melayu di sekolah saya ada mengulas serba-sedikit tentang JATI DIRI dalam kalangan pelajar, lepas itu, saya jumpa lagi sebuah 'slideshow' yang menekankan JATI DIRI dalam seorang Kristian, jadi macam berminat pula mau kongsi sama kawan semua tentang hal ini. Apapun, jati diri yang dibincangkan dalam blog saya ini ringkas sahaja, ok kah itu ? :)
Ok, pertama-tama, saya percaya saudara semua sudah pernah bertanyakan hal ini kepada diri kita masing-masing : "Siapakah saya ? "
Jadi, siapa kita ? Mahukah kita mengenali diri kita ? Bagaimana hendak mengenali diri kita ?
Saya percaya, soalan-soalan diatas sudah atau sedang dilaksanakan dalam hidup saudara-saudari, kan ?
Ada sebahagian besar manusia yang mengakui bahawa dia sebenarnya belum sepenuhnya mengenali dirinya sendiri dan mereka mahu mengenali diri mereka sepenuhnya. Persoalannya, bagaimana dan dimana mereka mahu mencari 'siapa' diri mereka sendiri ?
Bila difikirkan dan bila saya alami sendiri perkara seperti itu, macam mau sedih pula. Apa tidaknya kan, manusia zaman sekarang lebih suka mencari 'siapa' mereka melalui pakaian, muzik, barangan, model rambut, dll. Dan hal-hal seperti itu adalah sesuatu yang bersifat 'perdagangan' iaitu boleh dijual beli oleh kita.
Ok, ok, mungkin saudara-saudari masih tidak jelas dengan hal ini. Beginilah. Saya bagi satu contoh tentang kaitan jati diri dan perkara diatas . Contohnya,kita sering mengutarakan pertanyaan,
"Cantikkah saya jika saya memakai skirt mini ini atau saya lebih sesuai berpakaian T-shirt dengan seluar Jeans ?"
Macam mana,ada faham ?
Ok,tidak apa,kita teruskan.
Sebenarnya saya sedang memaksudkan bahawa manusia zaman sekarang lebih melihat bahawa jati diri itu adalah identiti luaran kita. Dan bagi masa untuk diri anda merenung sejenak pertanyaan ini :
APAKAH HAL-HAL LUARAN YANG ANDA MAHU TUNJUKKAN KEPADA ORANG DI SEKELILING ANDA ITU MENCERMINKAN SIAPA ANDA SEBENARNYA atau lebih tepatnya,MENCERMINKAN JATI DIRI ANDA ?
Jika ya,sudah tentu jika berpakaian ala-ala orang barat,kita adalah 'orang barat' padahal kita ini orang asia.
Dan jika tidak,saudara sekalian sudah tentu tahu apa yang harus diperbuat pada saat ini kan.
Hmm,sebenarnya konklusinya mudah saja.Jika jati diri dalaman kita teguh,sudah pasti yang luarannya akan terikut rentak jati diri dalamannya.Maka,cari dan teguhkan dahulu jati diri dalaman baru yang luarannya,betul kah betul ? Hehe
Jika hilang jati diri kita,hilanglah identiti bangsa kita,INGAT !
Sahabat - Kawan - Saudara saudari - Anda - dll ~ Apa yang saya sampaikan dalam blog saya adalah sebenar-benarnya tiada tujuan untuk menghina sesiapa,cuma mahu mengajak para pembaca blog saya untuk muhasabah diri . Buang yang keruh,ambil yang jernih :)
Terima kasih penuh baldi,
kalau sudi kunjungi saya lagi .
Salam babai ~
Saturday, 8 June 2013
SUKAN SAGA VI Sesi 2013
Salam Damai ~
Wah,leganya dapat buka blog setelah sekian minggu tidak berpeluang mau update post baru.Lagipun,ada sibuk sikit training untuk Sabah Games ( lebih dikenali sebagai SAGA).
Apa-apa pun,mau juga saya kongsi sama kawan-kawan tentang pengalaman saya tentang SAGA sepanjang satu minggu ini,iaitu dari 1 - 8 hb saya berada di Kota Kinabalu.
Pertama-tama,saya ucapakan tahniah kepada Kontinjen Kota Kinabalu yang berjaya mempertahankan gelaran pertama secara keseluruhan pada SAGA kali ke-6 ini.Tidak lupa juga kepada Kontinjen Keningau,daerah kelahiran saya di tangga yang ke-2,dan diikuti oleh pesaing yang tidak kurang hebatnya iaitu Kontinjen Tambunan.Apapun,SAGA kali ini tidak kurang mantap.Tetapi secara jujurnya,SAGA V (5) yang bertempat di Keningau masih menduduki tempat teratas di hati saya.Tidak taulah pula suasana SAGA ke-7 nanti yang bertempat di Tawau,tingu dulu lah kalau dapat ambil tempat dihati saya ( jika ada peluang mau ikut serta lagi).
Oh ya,ada beberapa gambar yang ingin saya kongsikan pasal SAGA ini :
Hehe,ni adalah antara gambar yang sempat saya abadikan bersama pasukan saya dalam acara Boling Padang.Dalam acara ni pun,syukur Puji Tuhan kerana kami dapat turut menyumbang 4 gangsa dan 1 emas bagi kontinjen Keningau.Jadi,tidak sia-sia latihan ya g kami jalankan selama 15minggu sejak bulan Februari yang lalu.Jadi,kira happy juga saya ni sebab dapat 2 medal sekaligus dengan 2 patung Kandawai (bahasa Dusun bagi Bangau). Hihihi
Tapi yang paling penting,dapat juga enjoy 2-7 hb yang lalu.Haha,sebab macam-macam kami dapat buat di KK.Tambahan pula masa acara Boling Padang hanya berjalan selama 4hari sahaja.Memang muka,tangan semua dapat sunburn tapi bila dapat Emas,huhh,tidak sia-sia kami berpanas 4 hingga 8 jam sehari.
Bila habis saja habis games,kami ada buat macam-macam aktiviti; bernyanyi, bergitar, berkaraoke, shopping, berurut, cari kawan baru, jalan-jalan, dll...Hihi, saja mau kasi habis ni musim cuti dengan cara berhibur, sebab 10hb Jun, buku & sekolah menanti kita sudah.
Ok, rasanya sikit saja yang dapat saya kongsi untuk kali ini. I'm sleepy already. See you later ! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)


