Salam damai :)
Rasa-rasa,hari ini ada sesuatu yang istimewa bah kan ?
Bila buka Google,kita bulih nampak imej seorang lelaki tepat di huruf 'L' . Apa lagi kalau bukan menandakan yang hari ini istimewa untuk lelaki di seluruh dunia terutamanya yang bergelar BAPA . Kalau fikir-fikir,GOOGLE browser saja yang selalu guna pendekatan untuk mengingatkan kita apa yang istimewa pada tarikh-tarikh yang paling penting bagi masyarakat dunia . Walau berapa kerap kita guna GOOGLE , mereka masih mahu mengingatkan kita bahawa, "hari ini ada perkara yang lebih istimewa daripada melayari internet yang tidak mungkin kita temukan pada hari lain dalam tahun ini,melainkan jika kita sanggup menunggu tahun depan untuk meraikannya . Pergilah raikannya,kami(Google) masih ada esok,tapi perkara istimewa hari ini belum tentu ada pada keesokan harinya,". Haha,mungkin begitulah maksud si pengasas Google ini . Itu sebab saya lebih suka menggunakan aplikasi Google untuk apa-apa aktiviti saya di internet,selain rangkaian yang selamat dan lancar . Apa pun ,Google is the best !
Bila rujuk balik tanggal 16 Jun ini,rasa-rasanya tiada juga sesuatu yang dapat saya dan adik-adik bagi selain ucapan ikhlas SELAMAT HARI BAPA kepada bapa kami PHILIP YADIM . Mau kenal bapa sayakah ?
Hehe,ini adalah insan yang boleh saya simpulkan sebagai nadi keluarga saya , BAPA :
Haha,handsome kan ? :)
Haahh,tidak lupa kepada Bapa-bapa diluar sana,saya ucapkan juga SELAMAT HARI BAPA . Semoga berbahagia selalu dengan keluarga tercinta dan semoga dikaruniai anak yang baik-baik belaka :)
Saya pun bukan anak yang terlalu baik,tapi doakan saya dan adik-adik saya supaya kami boleh jadi anak yang berguna dan baik gituu . Anda pun akan kami doakan juga bah . Hihi
Oh ya,ngam-ngam hari ni adalah hari Ahad , hujung minggu . Jadi,jangan lupa bersyukur kerana kita dikarunia oleh seorang bapa dari Tuhan,ok ka tidak orang tua kita,sentiasalah kita doakan . Tapi sebenarnya rasa syukur itu patutnya diucap hari-hari kan,hehe . Whatever la,asalkan kita ikhlas :)
Ok,cukup buat masa ini . Ber'tamu' anda dan saya di lembaran lain ...:)
No comments:
Post a Comment