Pages List

Thursday, 25 April 2013

Baca Bisu

Haloo ~

Orait,saya pn mo share juga beberapa cerita yang baru saya baca dari internet,tapi dalam English maa...Bah(said sabahan),dipersilakan untuk membacanya :)


POSTAL SURCHARGE

 A little boy was upset with his parents' financial situation, so he decided to write God a letter.

Dear God,

My mommy and daddy need $500 for bills and I don't know who else to ask. Could You please help?

Johnny

The letter was received by the local post office and put in the 'dead' letters pile. The clerk, being curious of the letter addressed to God, opened to see what it said. As you can imagine,he was touched by the letter and decided to help. He asked all his fellow workers to 'chip-in' a few dollars to help a family in need. When all the money was collected, it came to $300. The clerk sent a money order in an official Post Office envelope with the return address simply, God.

Several weeks later the same clerk found another letter addressed to God in the same writing. The letter said,

Dear God,Thank you for the $300, but next time don't use the Post Office,they have a $200 service charge.

Johnny...
 
HEAVEN & HELL
A little girl was talking to her teacher about whales.
 
The teacher said it was physically impossible for a whale to swallow a human because even though it was a very large mammal its throat was very small.
 
The little girl stated that Jonah was swallowed by a whale.
 
Irritated, the teacher reiterated that a whale could not swallow a human; it was physically impossible.
 
The little girl said, "When I get to heaven I will ask Jonah".
 
The teacher asked, "What if Jonah went to hell?"
 
The little girl replied, "Then you ask him".
 
 
 
Hehe...

Wednesday, 24 April 2013

CERPEN : CIKGU BAYU

Haloo ~

Kopisanangan do sosodopon / Selamat petang  / Good evening...

Cerita pendek versi ni sebenarnya sudah saya siapkan sejak berada di tingkatan 4 (2011).Cerita ni saya hasilkan apabila sekolah kami (SMK Apin-apin) menganjurkan program Bulan Bahasa bersama pihak DBP Sabah & beberapa penulis yangg tidak kurang dikenali(salah seorangnya ialah Jasni Matlani).Sehingga ke saat ini,saya masih menyimpan cerpen yang saya karang ini kerana bagi saya,cerpen ini mungkin boleh jadi landasan penulisan saya...hehe...So,hope you enjoy while reading this short stories...:)

CIKGU BAYU
            Perlahan-lahan kalung itu ku letak di sebuah kotak khas,kotak yang menarik semestinya untuk kalung yang juga istimewa.Pangkat,kemewahan dan kemegahan yang aku miliki  sekarang adalah inspirasi seseorang yang sangat aku kagumi dan aku kasihi sejak dahulu.Apabila merenung lama kalung istimewa itu,mindaku mulai memutar kembali memori lalu.
***
            "Pergi,pergi kamu ! Anak luar nikah.Jangan pernah menginjakkan kaki kamu ke rumah aku lagi,pergi !"
            Dengan langkah yang berat dan air mata yang jatuh membasahi pipi ku yang cengkung,aku membawa adik beredar meninggalkan halaman rumah Mak Su.Aku dan adik baru sahaja dihalau keluar dari rumah Mak Su.Aku benar-benar tidak menyangka bahawa satu demi satu masalah akan menimpaku,seperti ada pepatah mengatakan,'sudah jatuh ditimpa tangga'. Setelah diberhentikan kerja sebagai pembantu gerai oleh Mak Yang disebabkan gelas yang pecah,serentak dengan itu aku menerima perkhabaran dari guru kelasku bahawa aku telah digantung sekolah selama 14 hari.Tidak cukup dengan dua perkara yang cukup membuatku kecewa,kini aku dan adik pula dihalau keluar dari rumah Mak Su oleh Mak Su sendiri apabila berita tentang pemberhentian kerjaku di gerai sampai ke pengetahuan Mak Su.Sungguh,aku tidak pernah mengerti akan kehendak Mak Su terhadap aku dan adikku.Sekejap baik dan dalam sekejap pula akan berubah menjadi pembengis.Andaianku,selama ini Mak Su hanya mahu mempergunakan kami.Namun semua persoalan itu aku ketepikan demi kebaikan hidup aku dan adikku.
            'Apa aku nak buat ni ? Kesian adik kalau malam ni tak ada tempat tidur,makanan apatah lagi',bisik hatiku.Air mata yang tadinya sudah berhenti mengalir,ku tahan-tahan agar tidak mengalir semula mengenangkan kehidupan aku dan adik yang kini sudah tidak berumah.Aku mungkin masih berupaya menahan hidup tanpa makanan dan tempat tinggal dalam sehari ini,tapi bagaimana dengan adikku ? Aku tidak rela melihat dan membiarkan adikku tidur di jalanan dan berlapar bersamaku.Adikku,Iyan masih kecil.Baru 6 tahun umurnya.Sepatutnya pada umur sebegitu,Iyan sudahpun menginjak ke alam persekolahan kanak-kanak.Tetapi Mak Su tidak pernah sekali pun membenarkan aku mendaftarkan Iyan sebagai pelajar pra-sekolah meskipun pendaftarannya adalah percuma. Alasannya,Iyan bukan budak pandai.Waktu itu ingin saja aku membantah keras alasan yang Mak Su berikan kepada aku tetapi ku pendam sahaja.Atas alasan yang sama jugalah aku sering ponteng sekolah sehingga kini menyebabkan aku dijatuhkan hukuman gantung sekolah.Mak Su pernah mengatakan bahawa aku tidak pandai dan lebih baik hanya bekerja untuk menampung hidup daripada belajar untuk membazir wang.Padahal,aku merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik di sekolahku.Aku tidaklah bodoh untuk menelan bulat-bulat kata-kata Mak Su,lagipun umurku yang sudah mencecah 15 tahun membuatku lebih matang untuk menilai kata-kata Mak Su.Namun aku juga terdesak untuk bekerja mencari duit berbanding ke sekolah,kerana sekiranya tidak,aku dan adikku akan kelaparan.Aku tidak suka bergantung pada Mak Su yang sepertinya tidak ikhlas memberi kami tempat untuk tinggal di rumahnya.Di rumahnya,aku dilayan seperti hanya sebagai seorang suruhan meskipun aku ini anak saudaranya.
***





Harap-harap penghuni rumah ni sudi tolong kami berdua.Demi adik,aku tak ada pilihan lain.Lagipun,hari sudah hampir gelap,’getus hatiku.Sebuah rumah pangsa yang dindingnya dicat dengan warna biru laut dengan pintu pagar yang diperbuat dari tembok rendah berwarna putih ;kosong menjadi tempat persinggahanku dan adikku.Baru saja aku hendak menekan punat lonceng pintu pagar tersebut,pintu itu terbuka secara sendirinya.Bila sahaja pintu pagar tersebut ternganga luas,seorang wanita muda lingkungan 30-an dengan rambut paras bahu,wajah penuh karisma dan tegas muncul dibaliknya.Wanita yang sememangnya aku kenali semenjak bergelar seorang pelajar dan seringkali aku temukan apabila menghadapi masalah ponteng di sekolah.Cikgu Bayu namanya.Aku mahu berlalu dari tempat itu apabila melihat wajah tersebut,namun seperti yang sudah dijangka,wanita itu sudah mengecamku dan memanggil namaku sebelum aku cuba berpaling.Aku tidak pasti apa perasaanku pada saat itu;terkejut,malu atau gembira,namun yang pasti aku tercegat dan tertunduk menghadap bumi apabila namaku dipanggil.Iyan pula hanya terkebil-kebil memandangku.Insan mentah itu sudah tentu tidak mengalami perasaan yang kuhadapi namun  disebalik hidupnya terselindung seribu derita kekeliruan yang terpaksa ditanggung akibat perlakuan manusia dewasa disekelilingnya.

            “Imat,kamu hendak kemana ni ?” tangan kiriku yang memegang beg pakaian,kusembunyikan kebelakang namun kepalaku masih tunduk,membisu.

            “Mak cik halau,” Iyan bersuara.Aku memandang adikku,matanya masih lagi terkebil-kebil,namun kini pandangannya menghala ke arah Cikgu Bayu.Mendengarkan hal itu,Cikgu Bayu menarik beg pakaian yang kusembunyikan dibelakangku dan sejurus itu juga mengandeng tangan adikku.

            “Imat,masuk ke rumah cikgu,” arahnya.Aku masih tercegat.Malu.Melihat keadaanku yang seperti tiang tidak berganjak,Cikgu Bayu menarik juga tanganku,memimpin aku dan adikku masuk kedalam rumahnya.

Masuk sahaja ke ruangan rumah Cikgu Bayu,kami dipelawa untuk makan bersamanya.Dari situ,aku menceritakan segala apa yang aku dan adikku lalui sehingga aku bercadang untuk meminta sedekah dari rumah ke rumah tetapi berakhir menemukan Cikgu Bayu.

Cikgu Bayu sememangnya dikenali sebagai seorang Guru Disiplin yang sangat tegas disekolahku yang bukan sahaja digeruni oleh para pelajar malah disanjung tinggi oleh para guru.Disekolah,tidak pernah sekalipun aku melihat Cikgu Bayu tersenyum dan tertawa seperti guru lainnya.Wajahnya sudah cukup untuk membuat beberapa pelajar tingkatan satu disekolahku,menangis dan terkencing di khalayak ramai.Namun yang peliknya,Cikgu Bayu tidak memerlukan rotan dan amaran denda untuk digeruni,cukup hanya dengan suaranya.Itu perkara pertama yang membuat aku menghormatinya sebagai guru disiplin,namun malam ini,aku sudah mempunyai senarai panjang tentang perkara yang aku sanjungi tentang Cikgu Bayu.Aku sungguh tidak menyangka bahawa keperibadian Cikgu Bayu di sekolah dan di luar amat besar bezanya.Namun aku sungguh-sungguh bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang yang berjiwa besar seperti Cikgu Bayu.Katanya,ia sanggup membiayai persekolahan aku dan adikku.Malahan,aku dan adikku diperbolehkan tinggal dirumahnya selama yang kami perlu dan istimewanya,aku dan adikku boleh memanggilnya,Ibu.

Dari situ,aku dan adikku diberi pendidikan yang sempurna sehingga aku mempunya kerjaya sebagai seorang doktor pakar mata,manakala adikku menjadi seorang doktor psikologi.Hanya itu yang kami mampu lakukan untuk membalas jasa dan budi seorang wanita yang bergelar ‘CIKGU BAYU’.

TAMAT
 


Panggilan Untuk Melayani Tuhan

Few days ago,I attend a SEMINAR INFORMASI PANGGILAN at St.Anthony Apin-apin.I know this kind of seminar are rarely held,but when it was held,there are only a few of us whom can spend our time to attend it.So,I want to share something that might help anyone out there who might want to know some of Congregation(Christian catholic) that we have around Malaysia especially Sabah.You may click the link below to know more about the congregation :

Franciscan Sisters of Immaculate Conception (FSIC) :

Institusi Sekular Komuniti Betania (ISKB) :

Carmelitae Sanct Eliae (CSE) :

Daugthers of Carmel (Putri Karmel) :

La Salle Brother :

This is only a few of congregatio that I can share right now,you might find more of Christian congregation other than this such as Infant Jesus(IJ),Society of Jesus(SJ),etc.

BUDAK BARU BELAJAR :)

Salam Damai...:)

Sebenarnya,mau juga saya publish sedikit karya penulisan yang pernah saya buat.Tapiiii,saya risau ianya tidak cukup berkualiti untuk tatapan para pembaca blog ini. Apapun,saya ni budak baru belajar, jadi tidak salah kalau hendak mencuba,kan ?

However,anda boleh komen mana yang patut sebab saya pun mau buat improvement untuk karya2 yg saya hasilkan...Boleh kan ???? Hehee...Thank you kepada yang mengiyakan :D

Tuesday, 16 April 2013

Cabaran dalam kecemburuan ?

Salve ~

Hmm,cemburu cemburu,sangat cemburu insan yang bertopengkan nama Wiwi Hope-child...
Tapi ingat,tidak semua rasa cemburu itu jahat lah...Misalnya saya(kunun2nya).Hihi...
Alkisah bermulanya rasa cemburu ini ialah . . .


Ingat lagi berapa hb result SPM keluar ? Hah,dari situlah perasaan cemburu saya  ini mula 'berputik',tapi cemburu bukan apa,cuma kerana keputusan sahabat karib saya yang excellent iaitu 9A(3A+ 3A 3A-)... However,if you were reading my blog right now,I honestly want to say "CONGRATULATION" to you(even I've done so),and I'm very proud of you...
Okay,sambung cerita td,sebenarnya saya rasa sifat cemburu itu juga membuat saya merasa tercabar untuk menyahut sifat bersungguh-sungguh & tekun saya sama seperti saya pada 5 tahun sebelumnya.
Ikutkan flashback 5 tahun sebelumnya itu,(bukan tujuan untuk menyombong diri) saya adalah seorang yang boleh dikatakan anak kebanggaan bagi keluarga saya,sebab dalam akademik saya ni kira bulih tahan(said sabahan).
Bukan cuma itu,saya dan sahabat karib saya yg dpt result SPM excellent tu adalah classmate sejak dari awal bangku tadika sehingga habis zaman primary school.Tapi perkara paling siok yang masih mengalir dalam memori saya sampai hari ini mengenai zaman primary school saya dengannya ialah apabila saya mampu bersaing hebat dengan dia(sahabat karib) dan salah seorang lagi kawan lama yang keputusan SPMnya jg amat membanggakan.Malah saya ada beberapa kali mengatasi mereka dari segi kedudukan dan nilai markah subjek exam.Then,another sweet but forgettable attitude ialah saya ni seorang pencinta ilmu,rajin belajar dan sangat patuh masa belajar dibangku sekolah rendah dahulu ( dulu saya sekolah d SK KAPAYAN BARU).
Tapi entah,sikap2 yg macam tu makin timbul tenggelam bila sudah masuk secondary school...Saya ada juga terbaca didalam novel2 bahawa orang yang meningkat dewasa akan mulai selalu merasa malas(betul ka ?)...Tapi rasanya,mcm betul...Haha
Jadi,mula lah saya jadi pelajar yang separuh2 obedient,hardworking ...dan bila sifat tu bernilai 'separuh2',saya pun jd pelajar yang tidak kisah duduk dalam ranking kurang memuaskan padahal dahulu saya amat galau kalau saya menduduki ranking ke 3 dlm exam.Haha...
Apapun,sewaktu sy masih dalam Form 1 - Form 3 (masih sekelas dengan sahabat karib saya itu),perubahan itu tidak ketara sangat la.
Sangat berbeza bila waktu saya mulai menginjak zaman 'seniority' iaitu     
Form 4...Apalagi Form 5.Masa itu,sebenarnya saya menghadapi beberapa masalah(dgn siapa & apa - private - yg penting bukan dgn boyfriend...hihi), jadi perubahan itu jadi amat ketara(entah ketara dimata orang lain).
Saya jadi seorang yang malas(super2 lazy) sampai berura-ura tidak mahu sambung belajar,dan ada beberapa hari tidak ke masuk ke sekolah tanpa sebab.
Yang rasanya 'teruk',saya bawa sikap itu sampai masuk Tingkatan 5 (sudahpun masuk kelas Aliran Sains)...Sampaikan saya pernah mendapat kedudukan terakhir dalam kelas dan gagal dalam matapelajaran Bahasa Melayu (dimana saya boleh dikatakan terpuji dalam matapelajaran tersebut).
Huhh,saya pun pandai mengeluh & menangis bila dapat result macam tu,tapi menangis sebab malu sama kawan2,bukan menangis sebab tidak puashati akan keputusan tersebut,aduhai Wiwi...
Walaubagaimanapun atas dorongan rohani dan pertimbangan untuk menghargai jasa ibu bapa,saya ada berusaha di saat2 akhir sebelum SPM menjelang...
Meskipun tahu yang saya terlambat,tapi syukur kepada Tuhan kerana memberikan saya suatu peluang untuk menerima keputusan yang tidak kurang baik kepada saya agar saya boleh memulakan kembali semangat & keinginan saya sama seperti 5 tahun sebelumnya...

Anyways,that's all...May God bless us...
And remember for all the SPM candidates of this year and next year,hope you can succeed well by studying well...Perubahan itu bagus,tapi mesti dari yang buruk>baik,or baik>bertambah baik...ok ? :)
That's why kamu mesti jadi excellent,supaya yg next generation pn boleh jd super-excellent sebab cemburu akan kejayaan kmu... ;)


Btw,thanks again my friend,kerana membakar kembali semangat sy...hehe

 SMK Apin-apin 2012...^_^

Sunday, 14 April 2013

Yeah ! Blog baru

Thanks fren (mereka yg sudi guide)...thanks for the viewers of this blog(kalo ada)...hehe

Hehe,update sikit la...Hari itu ada urang komen,durang bilang ada sesuatu yang saya lupa letak di blog saya (Wiwi Hope-Child)...Apa itu ? Pengenalan lah...Haha...Goling2(said Sabahan - pelupa)
Apapun,belum t'lambat mau share bah kan :)

Hehe,tujuan saya buat ni blog asalnya mau cuba2 saja,sebab terinspirasi dari pengetua saya dulu(blog dia - Smile Al-haj).Lagipun,kalo post2 di Facebook atau Twitter,macam x berapa ngam pula.Jadi,jadilah ni blog.Hihi...Tapi bila sudah buat blog macam ini,saya rasa sayang bah kalo kena guna untuk tujuan yang tidak menentu...Jadi,to all of my blog reader/viewer,silakan SHARE apa yang kamu rasa perlu saya taru(letak) di dalam ni blog,bulih share melalui email Google kita.

Lagi satu,saya ni orang Sabah,anak Dusun,jadi mungkin saya campur2 bahasa bila saya update post dalam ni blog...hehe...Bulih bei tu kan ?

Oo ya,kaa di ambalut . Nu gia komoyon ie blog nu.kuraka dii,Wiwi Hope-child ? Hee...
Sebenarnya maksud di sebalik nama blog saya ini Wiwi,si buda yang penuh pengharapan...Kunun2 la.
Tapi saya sebenarnya memaksudkan yang saya ini sedang mengharapkan sesuatu yang baik apabila saya buat ni blog,baik untuk saya & baik untuk mereka yang mengunjungi blog saya ini juga.
Sama2 kita dapat manfaat,ok ka itu ? Haha,tidak apa kalo tidak follow asalkan jangan ada yang berniat jahat antara saya & kamu,ok ?

Itu saja...Thank You + Pounsikou !