Hai, bertemu kita di lembaran Oktober 2015...
Hari ini saya ingin mengongsikan beberapa gambar dan cerita-celoteh saya semasa mendaki Gunung Trusmadi. Tapi, sebelum tu saya mau tanya. Kamu pernah dengar nama Gunung ni atau tahu apa-apa mengenainya ? Saya rasa masih sedikit yang tau keberadaan Gunung Trusmadi ini meskipun pada hakikatnya gunung ini merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu dan merupakan satu daripada gunung yang terdapat di banjaran Crocker (banjaran yang sama dengan Gunung Kinabalu). Gunung ini terletak di tengah-tengah daerah Tambunan dan Keningau. Trail (laluan) yang sering dilalui untuk ke gunung ini adalah Kampung Sinua (Keningau), Tambunan, dan Kampung Rompon (Apin-apin, Keningau).
Gambar-gambar diatas tu adalah saya dan rombongan sebelum mendaki gunung Trusmadi. Sebetulnya, planning untuk mendaki Gunung Trusmadi memang hanya plan kawan-kawan saja, sebab tu tidak ada orang dewasa yang anda boleh nampak dalam gambar-gambar di atas. Biasalah kan, selagi masih bertenaga dan sihat, baiklah manfaatkan. Walaupun sayalah orang yang paling 'fitless' dalam ekspedisi ini, syukur kepada Tuhan sebab bagi saya kawan yang sangatt fit untuk bantu saya sepanjang pendakian. Bukan senang tau mau dapat kawan macam durang ni. Very supportive :). Even macam-macam alasan yang saya bagi sebelum turut serta dalam pendakian (takut pacat la, lekas semput la) hmm, orang-orang ni lah yang sungguh-sungguh bagi semangat. Actually, saya risau juga mau ikut mendaki gunung sebab badan saya yang underweight ni akan hilang lagi beberapa kilo. And obviously, saya memang hilang 3 kilogram selepas ikut pendakian ni. Apa pun, kenangan yang saya dapat tu lebih berharga daripada berat badan. Oh ya, ada beberapa lagi gambar yang mungkin kawan-kawan boleh lihat sebagai gambaran kawasan penginapan yang disediakan oleh pengurus tempat ni.
Jangan risaulah tentang keadaan keselamatan di tempat penginapan bawah ni, sebab lampu masih ada dan kawasan sekeliling bersih. Keselesaan tu, bergantung pada orang juga. Apapun, mosquito net, tandas dan dapur ada disediakan. Cuma, mobile network tu pun belum tentu boleh dicapai di kawasan ni. Okay, sekarang saya mahu tunjukkan gambar sepanjang pendakian kami.
Kalau kawan-kawan berkelapangan dan minat aktiviti-aktiviti lasak, nah, jangan ragu untuk memilih tempat ini. Even for those yang sudah mendaki Gunung Kinabalu, belum tentu dapat bertahan sampai ke puncak Gunung Trusmadi (jika sahaja anda menggunakan trail Sinua Sook, Keningau. Jika ada apa-apa pertanyaan, anda boleh e-mel saya di Joanwee_2811@yahoo.com.
Adios, sampai disini sahaja coretan saya untuk kali ini. Salam bertemu lagi ;)




































No comments:
Post a Comment