Pages List

Saturday, 15 June 2013

PERJUANGAN MENCARI JATI DIRI

Salve, my friend ~

Haha, apa khabar warga internet ? :)

Okey, buat masa ini,rasa-rasa saya mau kongsi sesuatu :)

Sesuatu tentang  > PERJUANGAN MENCARI JATI DIRI

Kawan2 tahukah apa itu 'Jati diri' ? Tahu ? Tidak tahu ?
Baiklah, jati diri diri ini secara umumnya adalah identiti diri. Hari itu, guru Bahasa Melayu di sekolah saya ada mengulas serba-sedikit tentang JATI DIRI dalam kalangan pelajar, lepas itu, saya jumpa lagi sebuah 'slideshow' yang menekankan JATI DIRI dalam seorang Kristian, jadi macam berminat pula mau kongsi sama kawan semua tentang hal ini. Apapun, jati diri yang dibincangkan dalam blog saya ini ringkas sahaja, ok kah itu ? :)

Ok, pertama-tama, saya percaya saudara semua sudah pernah bertanyakan hal ini kepada diri kita masing-masing : "Siapakah saya ? "
Jadi, siapa kita ? Mahukah kita mengenali diri kita ? Bagaimana hendak mengenali diri kita ?

Saya percaya, soalan-soalan diatas sudah atau sedang dilaksanakan dalam hidup saudara-saudari, kan ?

Ada sebahagian besar manusia yang mengakui bahawa dia sebenarnya belum sepenuhnya mengenali dirinya sendiri dan mereka mahu mengenali diri mereka sepenuhnya. Persoalannya, bagaimana dan dimana mereka mahu mencari 'siapa' diri mereka sendiri ?

 Bila difikirkan dan bila saya alami sendiri perkara seperti itu, macam mau sedih pula. Apa tidaknya kan, manusia zaman sekarang lebih suka mencari 'siapa' mereka melalui pakaian, muzik, barangan, model rambut, dll. Dan hal-hal seperti itu adalah sesuatu yang bersifat 'perdagangan' iaitu boleh dijual beli oleh kita.
Ok, ok, mungkin saudara-saudari masih tidak jelas dengan hal ini. Beginilah. Saya bagi satu contoh tentang kaitan jati diri dan perkara diatas . Contohnya,kita sering mengutarakan pertanyaan,
"Cantikkah saya jika saya memakai skirt mini ini atau saya lebih sesuai berpakaian T-shirt dengan seluar Jeans ?"
Macam mana,ada faham ?
Ok,tidak apa,kita teruskan.

Sebenarnya saya sedang memaksudkan bahawa manusia zaman sekarang lebih melihat bahawa jati diri itu adalah identiti luaran kita. Dan bagi masa untuk diri anda merenung sejenak pertanyaan ini :
APAKAH HAL-HAL LUARAN YANG ANDA MAHU TUNJUKKAN KEPADA ORANG DI SEKELILING ANDA ITU MENCERMINKAN SIAPA ANDA SEBENARNYA  atau lebih tepatnya,MENCERMINKAN JATI DIRI ANDA ?

Jika ya,sudah tentu jika berpakaian ala-ala orang barat,kita adalah 'orang barat' padahal kita ini orang asia.
Dan jika tidak,saudara sekalian sudah tentu tahu apa yang harus diperbuat pada saat ini kan.

Hmm,sebenarnya konklusinya mudah saja.Jika jati diri dalaman kita teguh,sudah pasti yang luarannya akan terikut rentak jati diri dalamannya.Maka,cari dan teguhkan dahulu jati diri dalaman baru yang luarannya,betul kah betul ? Hehe
Jika hilang jati diri kita,hilanglah identiti bangsa kita,INGAT !

Sahabat - Kawan - Saudara saudari - Anda - dll ~ Apa yang saya sampaikan dalam blog saya adalah sebenar-benarnya tiada tujuan untuk menghina sesiapa,cuma mahu mengajak para pembaca blog saya untuk muhasabah diri . Buang yang keruh,ambil yang jernih :)

Terima kasih penuh baldi,
kalau sudi kunjungi saya lagi .

Salam babai ~


No comments:

Post a Comment