Pages List

Tuesday, 10 March 2015

TIADA USAHA YANG SIA-SIA HASILNYA

Hai, kita bertemu lagi di tahun 2015...

SELAMAT TAHUN BARU... Hehe, lambat pula sudah saya ini kan...
Oh ya, entri saya pada kali ini berkait rapat dengan masa STPM (SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA) yang mutakhir ini, baru sahaja meng'highlight' sketsa pendidikan di negara kita, Malaysia. Mungkin ada diantara kita yang sedang berbangga dan bergembira dengan keputusan yang baru sahaja kita terima, mungkin ada juga yang sedang kecewa dan memilih untuk berputus asa atau mungkin ada dalam kalangan kita yang sempat kecewa tapi memilih untuk memperbaiki keputusan akhir STPM minggu ini kan ?
Ya, saya pun sedar yang usaha yang berbeza dari kita pasti akan mewujudkan hasil yang berbeza dalam peperiksaan dan juga penerimaan yang berbeza terhadap keputusan yang kita terima.
Boleh dikatakan yang saya juga mengalami berbagai-bagai perasaan sepanjang bergelar pelajar Pra-Universiti selama 18 bulan (3 semester).
Bila kenang kembali, pada semester pertama saya sempat melaungkan rasa bangga dan gembira yang teramat sangat kerana mampu membuat ibu bapa serta pensyarah kelas saya tersenyum melihat keputusan saya. Walau bagaimanapun, saya merasa malu dan kecewa dengan diri saya kerana tidak mampu mengekalkan prestasi saya pada semester berikutnya. CGPA saya jatuh mendadak dan saya terpaksa mendaftar untuk mengambil kertas ulangan bagi subjek Sains Sukan dengan harapan CGPA semester 2 saya akan meningkat. Hal yang sama juga terjadi setelah keputusan semester 3 diumumkan. Adalah juga sedikit perasaan kecewa yang saya alami, namun saya tetap bersyukur ia tidak seperti keputusan saya pada semester 2. Hihi
Apa-apa pun, keputusan peperiksaan ulangan memang betul-betul menaikkan semangat saya. Apa tidaknya, gred saya ditambahbaik sebanyak 70%. Yess !
Tiba masa final result pelajar STPM 2014 dikeluarkan, macam mau melayang kedua-dua kaki saya. "Akhirnya", diabilang ini hati saya. "I got what I need"...
Apa pun, perjuangan saya baru sahaja bermula. Saya masih perlu buat keputusan yang mungkin akan menentukan sama ada masa depan saya akan berterusan cerah atau tidak. Sudah pasti di tangan Tuhan, saya tidak ragu akan masa depan saya. Namun, kita diberi karunia untuk memilih sendiri jalan kita dan selebihnya itu, masih terserah kepada Tuhan.
Semoga kawan-kawan dan saya dapat memilih jejak yang afdal dan sesuai di menara gading. God bless us !

No comments:

Post a Comment